7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee

Sumber gambar: Google Image
Sumber gambar: Google Image

Dalam perjalanan balik ke rumah ayah, sewaktu menyusuri lebuhraya Elite, ternampak papan iklan Shaklee terpampang di sisi kiri jalan. Perasaan bangga kerana menjadi salah seorang pengguna produk Shaklee sejak 2011. Kenapa Shaklee? Berikut adalah 7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee:

1. Berpuas hati dengan produk Shaklee

Set Menyusu Shaklee yang terdiri daripada Alfalfa Complex, B-Complex, Sustained Release Vita-C  dan Vitalea merupakan produk saya yang pertama dengan Shaklee yang disyorkan oleh rakan baik saya Mai Iskandar (www.mynutrisi.com) semasa saya berada di hospital kerana menjaga anak yang kedua yang ada jaundice. Walaupun ketika itu pengeluaran susu tidak semeriah orang lain, tetapi, amat membantu peningkatan pengeluaran susu berbanding sebelumnya dan  berasa sihat dan segar walaupun terpaksa berpantang di hospital.

2. Makan Shaklee dengan ilmu

Selepas membeli Set Menyusu Shaklee, saya diajar cara pengambilan vitamin yang betul dan beberapa tips bagi meningkatkan pengeluaran susu ibu. Penekanan makan Shaklee dengan ilmu amat dititikberat agar mereka yang mengambil vitamin Shaklee dapat merasa kesan yang optimum dan meningkatkan kualiti kesihatan mereka.

3. Ilmu Nutrisi oleh Pakar Nutrisi Shaklee

Pihak syarikat mempunyai Pakar Nutrisi mereka sendiri yang sentiasa berkongsi ilmu nutrisi. Pakar Nutrisi ini menjadi rujukan para pengedar dalam memberi konsultansi kepada pelanggan. Jadi, jangan terkejut jika pengedar Shaklee dikatakan doktor tak bertauliah dengan ilmu nutrisi yang mereka kongsikan.

4. Keluarga Nombor Satu

Pernah hadiri seminar bersama keluarga? Saya pernah. Bersama Shaklee. Anak-anak aktif dalam bilik seminar langsung tidak menjadi kudis dalam proses mendapat ilmu daripada penceramah.

5. Semuanya di hujung jari

Amat mudah. Semuanya di hujung jari. Daripada berhubung dengan upline sehingga memesan produk Shaklee, boleh dilakukan di mana sahaja selagi ada internet dan telefon.  Sangat sangat hassle free.

6. Peluang menjana pendapatan

Guna sendiri pun boleh dapat komisen. Tanpa downline pun boleh jana pendapatan. Kalau ada downline, sama-sama jana pendapatan.

7. Tiada paksaan

Tiada paksaan dalam mencari downline. Tiada paksaan untuk kejar pangkat. Tiada paksaan untuk membuat jualan.

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Celik Nutrisi, Vitamin Kita & Dhiya Vitamins.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung produk Shaklee, sila hubungi kami di talian 010.78.5.16.81.

sejarah kami dan vitamin

seingat kami, kami dah mula makan vitamin daripada sekolah rendah lagi, hari-hari kami dibekalkan dengan vitamin c, b complex dan minyak ikan sementelah arwah ibu kami kerja di hospital. vitamin c dan b complex dapat free ja, tapi, ibubapa kami spend sikit untuk minyak ikan scott’s emulsion. sebelum yang perisa oren keluar, ngadap la yang kaler putih tu. ergh.. tak lalu betul kami.

alhamdulillah, hasil daripada pemakanan vitamin tu, kami jarang sakit. boleh kira dengan jari setahun sakit berapa kali. kalau tak percaya, boleh tengok report card sekolah kami. hehe.. ayah kami pun suka makan makanan kesihatan ni. seorang yang agak health conscious. waima umur dah cecah 79 tahun, tahun ni, masih amalkan pengambilan vitamin. konsisten sungguh.
bila dah besar ni sebenarnya kami liat nak makan vitamin. masa sambung belajar dulu, teman baik kami cik Yan siap bekalkan vitamin untuk kami. tapi, malangnya, kami kekadang makan, kekadang tidak. buang begitu saja multivitamin tu.. sorry cik Yan kerana mensia-siakan pemberianmu itu.

bila dah kahwin dan mengandung, bermula semula pengambilan vitamin daripada klinik kesihatan. istiqamah balik kami makan vitamin tu. sebab kami tahu yang ibu mengandung memerlukan nutrisi lengkap dalam diet harian. kalau kami tak makan vitamin, baby dalam perut membesar juga. tapi, membesar dengan menyerap semua vitamin yang ada dalam diri kami ni. dah kami pula tak cukup nutrisi.

anak ke2 pun begitu juga. kami makan vitamin percuma. tapi, lepas bersalin, baby tu kena kuning la pula. dah la kami ni jenis kekurangan susu. anak kuning tak boleh la nak makan set bersalin yang ada herba tu. tetiba teringat kat kawan kami cik Mai yang jual vitamin semulajadi shaklee. terus dia bagi mini pek untuk kami. alhamdulillah, sepanjang kami berpantang, vitamin tu la jadi peneman. itu cerita 2011.

dan seterusnya, sampai la ni kami mengamalkan vitamin shaklee. mengandung anak ke3 ni, kami tak makan vitamin free dah. sebab dah serasi dengan shaklee. alhamdulillah, kami makan vitamin c, b complex, vitalea (multivitamin), ostematrix, omega dan ESP, kaki tak kejang (orang kata simpul mengkarung??), alahan tak ada. alhamdulillah, kali ni senang la mengandungnya. lagi satu berita best, untuk 2 pregnancy yang lepas, kami gagal dalam ujian MGTT (minum air gula). tapi, kali ni, alhamdulillah, kena minum 2 kali pun, keputusan dia negatif!! i’m free.. TIADA KENCING MANIS MENGANDUNG KALI KE-3.
Tetiba teringat doktor KK masa checkup baby no.2. Katanya, kalau dah 2 kali mengandung ada kencing manis, kompem mengandung kali ke-3 dan seterusnya dan juga tak mengandung pun akan ada kencing manis. Tapi, alhamdulillah. Kuasa Allah jua yang bagi kesihatan yang baik melalui pemakanan yang baik semasa mengandung kali ke-3. Syukran ya Allah.
Sehingga kini, kami masih mengambil vitamin dalam kehidupan seharian. Itulah sejarah kami dan vitamin.
Psst..
Kalau nak tau lebih lanjut pasal vitamin yang kami makan ni, boleh hubungi kami melalui
sms/telegram 010.785.16.81